Gangguan jin pada bayi

3 Comments
Assalamualaikum readers..

Kali ni nak cerita sikit pasal gangguan yang terjadi pada Alisya.

Jumaat lepas (20 Nov 2015), dalam pukul 1 ptg, Alisya start demam panas. Waktu tu mak dari Kedah ada, tapi since pukul 2 mak nak bertolak balik Kedah, so terpaksa hantar Alisya pegi nursery jugak.. Tak de orang nak jaga dia kat rumah kan.. Sebelum hantar dah bagi makan ubat demam dah..

Lepas tu, aku whatsapp mama minta tolong ambikkan Alisya.. So, ayah and adik ipar ku pon pegi la ambik.. Adik ipar aku cakap nursery bagitau suhu Alisya 38 degrees. Fuh! Tinggi!


Muka budak demam huhu.. Sian anak mama!

So, bagi makan ubat lagi la.. Malamnya, (Jumaat malam Sabtu) dia start meragam.. Meragam sebab demam.. Tapi ok la sebab dia cuma bangun 3 kali je kot.. Siang tu, meragam jugak, nampak tak larat.. Nak berkepit je..

Lepas tu, malamnya (Sabtu malam Ahad) every 2 hours dia akan bangun and nangis merengek bagai.. Nangis macam kena pukul.. Orang Utara cakap selop la.. Waktu nangis tu, mata x buka pon.. bila dah ok, dia tido balik.. Lepas tu bangun lagi, nangis.. aku check jam setiap kali dia bangun and nangis memang plus minus 2 hours.. 10 malam, 12 malam, 2 pagi, 4 pagi, 6 pagi..

Tapi waktu tu, memang aku x de la fikir pasal gangguan-gangguan ni sangat.. Pelik tu ada la, sebab biasanya Alisya ni kalau demam takde la meragam sampai macam tu skali kan. Paling-paling kalau dia nak bangun nangis pon macam aku cakap tadi la 2 - 3 kali je..

So, aku pon bagitau la dengan mama esoknya.. Petangnya Acu dengan mama sembang pasal 'tetemas'.. Oya pon ada waktu tu.. Dia tanya apa benda tetemas tu, aku pon tanya jugak.. Mama cakap 'keteguran'.. Dengan noob nya aku tanya, sape yang tegur? hahahaha! Mama cakap kita x tahu la.. Pas tu baru aku faham..

Mama cakap, Alisya ni mungkin kena tegur kot.. Ye la orang dalam rumah balik malam-malam x tunggu dulu kat luar, main masuk je dalam rumah.. Benda tu pon ikut la..

Start dari tu, baru aku buka mata celik hati sikit. Alisya ni baby lagi, benda-benda macam ni memang senang terjadi.. Siang tu memang dia meragam je.. X nak jauh dari orang, kalau nampak orang keluar rumah dia nangis seolah-olah dia kena tinggal sorang.. Tambahan badan pon panas lagi.. Kejap-kejap nangis, tangan sejuk tapi badan panas, nak didukung je, x nak dok dalam walker.. Nak rapat je.. Susu kurang minum.. Tido x nak.. Sampaikan nak suruh dia tido, mama and ayah kena bawak dia round naik kete.. dah tido baru dorang balik umah..

Nasib baik weekend.. Dapat la handle dia kan.. Kalau weekdays memang kena cuti la..

Malam Isnin tu pon sama.. Tapi waktu ni aku dah start baca-baca sikit ayat yang perlu.. Ayat pelindung.. Surah-surah dalam Quran.. Nanti aku share kat bawah serba sikit info yang aku ambil untuk surah-surah dan doa ok?

Pagi before pegi keje tu aku cakap dengan mama yang aku nak bawak Alisya jumpa Ustaz mana-mana lah sebab memang rasa Alisya kena ganggu. So, mama pon ok la.

Lepas tu, on the way ke ofis aku teringatkan ayah Ifah boleh berubat. So aku minta no fon ayah ifah and call dia.. Ikut kata ayah Ifah, memang ada 'benda' depan umah kitorang.. Benda tu berbulu, macam beruang, berkepala anjing.. Memang tunggu depan rumah je x masuk.. Alisya kena ganggu dengan benda tu..? Kesiannya Alisya! T_T ayah Ifah cakap nak berubat boleh tapi pukul 9.45 malam sebab dia agak sibuk dan kena ingatkan dia dulu pukul 9.30 malam takut dia terlupa.

Aku whatsapp mama, lepas tu mama pon cakap pasal sorang ustazah dekat area Ampang. Ustazah Rashida..Lepas balik keje, mama tanya sama ada nak jumpa ustazah tu atau nak berubat dengan ayah kawan? aku decide untuk jumpa jugak ustazah tu.. Kitorang pon pegi jumpa dia pukul 8.30 malam macam tu.. Sampai sana, ustazah tu pegang badan Alisya and cakap ade 3 ekor depan umah.. Sekali anak dia bawak.. Ustazah tu pon settlekan masalah tu..

Kat rumah Ustazah Rashida. Tunggu turn nak berubat hehe..



Balik rumah, alhamdulillah Alisya ok.. Tido malam pon ok cuma pukul 2 pagi macam tu, dia nangis macam sebelum tu.. Aku pasang ayat-ayat ruqyah and alhamdulillah sampai pagi dia ok..

So, from my experience ni, lessons learnt.


  1. Mama dah pesan banyak kali, kalau sape-sape balik malam, jangan masuk rumah terus. Tunggu depan umah dlu dalam 5 minit baru masuk. Kata kawan ku, seeloknya baca ayat kursi sebelum masuk rumah. Lepas baca tu pura-pura ludah kiri dan kanan.
  2. Monitor jenis tangisan baby kita. Kalau cara dia nangis tu lain macam sikit, take note. Jangan buat endah x endah. Sebab baby bukan boleh bagitau kita kalau ada benda halus ganggu dia kan
  3. Pasangkan ayat-ayat Quran dekat anak kita. Supaya jadi pelindung dia. 
  4. Selalu dekat dengan anak.

Di bawah ni doa pelindung dan surah-surah yang boleh diamalkan. 











A.PERUBAHAN SUHU BADAN...

1.Panas badan tidak sama rata...

...iaitu hanya sebahagian atau tempat tertentu saja rasa panas...
sedangkan bahagian badan lain suhunya normal...

...atau seperti lengan sebelah atas panas...sedangkan bahagian bawah
lengan suhu normal...

...atau bahagian badan atas panas...tapi bahagian kaki normal...
atau tapak kaki terasa sejuk...

2.kepala rasa sentiasa rasa panas...

...tapi suhu badan normal...
menunjukkkan bahagian kepala (otak) menjadi sasaran gangguan...

3.Suhu badan normal...

...tapi tapak tangan atau tapak kaki ... atau kedua-duanya sekali
sentiasa rasa panas...( gunakan belakang tapak tangan untuk merasa )...

4.Badan kanak-kanak terasa panas ( seperti demam )..

...tapi bila dipereksa di hospital...suhunya normal ( tiada masalah )...

5.Sering demam...

...dan ubat hospital seperti kurang atau tidak berkesan...

nota : suhu badan juga boleh dipereksa semasa kanak-kanak sedang
tidur malam...
kerana kadang-kadang ada gangguan yang datang semasa
kanak-kanak sedang tidur ...


B.TANDA-TANDA SEMASA TIDUR...

1. Pereksa tanda-tanda perubahan suhu badan...

...kerana ada juga jenis gangguan yang datang...
atau bertambah kuat...semasa kanak-kanak itu tidur...
terutama di waktu malam...

2.Jari tangan bergerak...

...atau juga jari kaki...
atau kedua duanya sekali...
atau kakinya seperti terkejut-kejut...atau...
seperti ditarik-tarik...
sedangkan anak kecil itu sedang tidur nyenyak...

3.Gerakan mata ...

...mata berkedip-kedip...

...atau anak matanya bergerak cepat memandang
atau menjeling liar kesana sini..

...atau matanya merenung anda atau sesuatu...
seolah-olah dengan penuh perhatian seperti orang jaga...

...kadang-kadang matanya terbuka luas...
kadang-kadang tertutup... tapi gerakan mata cepatnya...dapat dilihat
melalui gerakan pada kulit kelopak mata..

4.Tersenyum...

...pada anda atau benda lain...
padahal ia sedang tidur nyenyak...

5.Gigi atas berlaga dengan gigi bawah..

...kadang-kadang sampai berkeriut bunyinya...

6.Sering mengigau...

atau terjaga seperti terkejut oleh sesuatu...

7.Sering menangis malam tanpa sebab...

...pereksa gejala perubahan suhu badan....


8.Sering menangis atau merengek dalam tidur...


9.mengunyah seperti makan sesuatu ...

...terutama ketika mata baru mula terlelap...
(biasanya ini tanda di jaga oleh jin saka...)


10.Berpeluh...

...dan peluh nya tak sekata...
...iaitu bahagian tertentu saja berpeluh...
...atau berpeluh tapi sebahagian tempat saja air peluhnya besar...
manakala sebahagian lagi berpeluh halus...


TANDA-TANDA KETARA...

1.Kerasukan...

...iaitu tingkah aneh atau agresif...dalam keadaan tak sedar...
atau separuh sedar...

2.Takut tanpa sebab...

...seperti ternampak sesuatu yang menakutkan...
padahal tak ada apa-apa di sana...

3.Sakit kuat...

...sakit apa sahaja...tapi hospital tak dapat mengesan puncanya...

4.Ubat hospital langsung tak berkesan...

...kadang-kadang bertambah sakit...atau tenat...

5.Kepanasan atau panas badan...

...walau di malam yang dingin...atau bila-bila masa sahaja...


NOTA...

1.Kalau ada sebahagian saja tanda...
kemungkinan besar ada gangguan jin...

2.Kanak-kanak demam...utamakan rawatan hospital...
baru sampingkan dengan rawatan-rawatan rohani jika ada
tanda-tanda gangguan...

3.Setiap gejala di atas boleh di alami oleh semua peringkat
umur...
cuma di andaikan kepada kanak-kanak kecil atau bayi...
yang bergantung kepada pengawasan ibu bapa atau orang dewasa.

4.Dan khas untuk diri anda...boleh pereksa sendiri...







You may also like

3 comments:

Unknown said...

Salam nak tnya umah or nmbr ustazah tu ada x.

Izramaison said...

Assalamualaikum, boleh mintak nombor phone Ustazah di ampang? Tq

Unknown said...

Bole mintak nombor ustazah tu tak.