Assalamualaikum semua..

Korang tau kan yg Alisya ni bayi pra-matang. Alhamdulillah Alisya takde masalah lain selain berat badan kurang 2kg.. Dia masuk NICU pon just untuk monitor berat dia je.. Kalau tengok kawan-kawan dia dalam NICU, aku plak jadi sedih.. Wire berselirat atas badan, hidung kena pasang oksigen, pastu machine beep beep.. Aduhai anak.. Sedih sangat.. Even, tengok Alisya yang kecik tanpa wire penuh badan pon, tersedu sedan aku time tu.. Tambah lah mak ayah yang badan anak dia penuh wire ni kan.. Allahu...

Untuk pengetahuan korang tentang bayi pra-matang ni korang boleh baca kat link ni http://www.myhealth.gov.my/index.php/my/bayikanak-kanak/kesihatan-bayi-baru-lahir/penjagaan-bayi-baru-lahir

From my experience, nak jaga Alisya ni tak susah, tapi kena particular lebih sikit. Especially pasal persekitaran. Awal-awal dulu, kalau nak pegang Alisya kitorang akan sediakan hand sanitizer. Memang begitulah caranye.. Kena basuh tangan betul-betul and guna hand sanitizer.. Actually kitorang implement benda ni kat rumah bila dia di NICU la..

Di NICU
Masalah yang akan aku and husband hadapi bila hal nak beli baju dia. Semua baju newborn sangat besar untuk dia. So, di sini aku nak bagi tips untuk sape-sape yang nak beli baju pre-matured baby. Korang bole beli baju kat H&M and Pureen. Sana memang ade jual baju pra-matang. 

Kemudian masalah susu. Untuk pengetahuan korang, melalui pengalaman aku, aku bagi susu S26 Gold untuk Alisya. Alhamdulillah berat dia makin ok and stabil. 

SUSU S26 SMA GOLD STEP 1 (FROM 0 - 12MONTHS)

Susu ni Alisya minum until umur 7 months je kalau x salah. Sebab lepas tu dia dah tak sesuai susu ni.. Sekarang Alisya minum susu Novalac Step 1. Alhamdulillah okay.

Untuk pengetahuan korang, bayi pra-matang ni memang senang jatuh sakit. Macam Alisya, sebulan boleh kira berapa kali dia sihat tau. Bukan kira berapa kali dia tak sihat. Dia senang sakit jatuh sakit. Selesema, batuk, demam. Selalu sangat. Tapi Alhamdulillah sebab sekarang aku dah tak gelabah macam dulu. Sekarang under control. Kalau dulu, bila dia demam, selesema, aku yang menangis. 

So, mak-mak yang ade bayi pra-matang ni, jangan risau, korang boleh handle tu semua when time goes by. Slowly, belajar and sabar dengan ujian ni. Biasalah, antibody baby macam ni, tak kuat sangat kan. 

Yang untungnya, baju 3-6 months still boleh pakai until now. hahaha. 
Assalamualaikum readers..

Kali ni nak cerita sikit pasal gangguan yang terjadi pada Alisya.

Jumaat lepas (20 Nov 2015), dalam pukul 1 ptg, Alisya start demam panas. Waktu tu mak dari Kedah ada, tapi since pukul 2 mak nak bertolak balik Kedah, so terpaksa hantar Alisya pegi nursery jugak.. Tak de orang nak jaga dia kat rumah kan.. Sebelum hantar dah bagi makan ubat demam dah..

Lepas tu, aku whatsapp mama minta tolong ambikkan Alisya.. So, ayah and adik ipar ku pon pegi la ambik.. Adik ipar aku cakap nursery bagitau suhu Alisya 38 degrees. Fuh! Tinggi!


Muka budak demam huhu.. Sian anak mama!

So, bagi makan ubat lagi la.. Malamnya, (Jumaat malam Sabtu) dia start meragam.. Meragam sebab demam.. Tapi ok la sebab dia cuma bangun 3 kali je kot.. Siang tu, meragam jugak, nampak tak larat.. Nak berkepit je..

Lepas tu, malamnya (Sabtu malam Ahad) every 2 hours dia akan bangun and nangis merengek bagai.. Nangis macam kena pukul.. Orang Utara cakap selop la.. Waktu nangis tu, mata x buka pon.. bila dah ok, dia tido balik.. Lepas tu bangun lagi, nangis.. aku check jam setiap kali dia bangun and nangis memang plus minus 2 hours.. 10 malam, 12 malam, 2 pagi, 4 pagi, 6 pagi..

Tapi waktu tu, memang aku x de la fikir pasal gangguan-gangguan ni sangat.. Pelik tu ada la, sebab biasanya Alisya ni kalau demam takde la meragam sampai macam tu skali kan. Paling-paling kalau dia nak bangun nangis pon macam aku cakap tadi la 2 - 3 kali je..

So, aku pon bagitau la dengan mama esoknya.. Petangnya Acu dengan mama sembang pasal 'tetemas'.. Oya pon ada waktu tu.. Dia tanya apa benda tetemas tu, aku pon tanya jugak.. Mama cakap 'keteguran'.. Dengan noob nya aku tanya, sape yang tegur? hahahaha! Mama cakap kita x tahu la.. Pas tu baru aku faham..

Mama cakap, Alisya ni mungkin kena tegur kot.. Ye la orang dalam rumah balik malam-malam x tunggu dulu kat luar, main masuk je dalam rumah.. Benda tu pon ikut la..

Start dari tu, baru aku buka mata celik hati sikit. Alisya ni baby lagi, benda-benda macam ni memang senang terjadi.. Siang tu memang dia meragam je.. X nak jauh dari orang, kalau nampak orang keluar rumah dia nangis seolah-olah dia kena tinggal sorang.. Tambahan badan pon panas lagi.. Kejap-kejap nangis, tangan sejuk tapi badan panas, nak didukung je, x nak dok dalam walker.. Nak rapat je.. Susu kurang minum.. Tido x nak.. Sampaikan nak suruh dia tido, mama and ayah kena bawak dia round naik kete.. dah tido baru dorang balik umah..

Nasib baik weekend.. Dapat la handle dia kan.. Kalau weekdays memang kena cuti la..

Malam Isnin tu pon sama.. Tapi waktu ni aku dah start baca-baca sikit ayat yang perlu.. Ayat pelindung.. Surah-surah dalam Quran.. Nanti aku share kat bawah serba sikit info yang aku ambil untuk surah-surah dan doa ok?

Pagi before pegi keje tu aku cakap dengan mama yang aku nak bawak Alisya jumpa Ustaz mana-mana lah sebab memang rasa Alisya kena ganggu. So, mama pon ok la.

Lepas tu, on the way ke ofis aku teringatkan ayah Ifah boleh berubat. So aku minta no fon ayah ifah and call dia.. Ikut kata ayah Ifah, memang ada 'benda' depan umah kitorang.. Benda tu berbulu, macam beruang, berkepala anjing.. Memang tunggu depan rumah je x masuk.. Alisya kena ganggu dengan benda tu..? Kesiannya Alisya! T_T ayah Ifah cakap nak berubat boleh tapi pukul 9.45 malam sebab dia agak sibuk dan kena ingatkan dia dulu pukul 9.30 malam takut dia terlupa.

Aku whatsapp mama, lepas tu mama pon cakap pasal sorang ustazah dekat area Ampang. Ustazah Rashida..Lepas balik keje, mama tanya sama ada nak jumpa ustazah tu atau nak berubat dengan ayah kawan? aku decide untuk jumpa jugak ustazah tu.. Kitorang pon pegi jumpa dia pukul 8.30 malam macam tu.. Sampai sana, ustazah tu pegang badan Alisya and cakap ade 3 ekor depan umah.. Sekali anak dia bawak.. Ustazah tu pon settlekan masalah tu..

Kat rumah Ustazah Rashida. Tunggu turn nak berubat hehe..



Balik rumah, alhamdulillah Alisya ok.. Tido malam pon ok cuma pukul 2 pagi macam tu, dia nangis macam sebelum tu.. Aku pasang ayat-ayat ruqyah and alhamdulillah sampai pagi dia ok..

So, from my experience ni, lessons learnt.


  1. Mama dah pesan banyak kali, kalau sape-sape balik malam, jangan masuk rumah terus. Tunggu depan umah dlu dalam 5 minit baru masuk. Kata kawan ku, seeloknya baca ayat kursi sebelum masuk rumah. Lepas baca tu pura-pura ludah kiri dan kanan.
  2. Monitor jenis tangisan baby kita. Kalau cara dia nangis tu lain macam sikit, take note. Jangan buat endah x endah. Sebab baby bukan boleh bagitau kita kalau ada benda halus ganggu dia kan
  3. Pasangkan ayat-ayat Quran dekat anak kita. Supaya jadi pelindung dia. 
  4. Selalu dekat dengan anak.

Di bawah ni doa pelindung dan surah-surah yang boleh diamalkan. 











A.PERUBAHAN SUHU BADAN...

1.Panas badan tidak sama rata...

...iaitu hanya sebahagian atau tempat tertentu saja rasa panas...
sedangkan bahagian badan lain suhunya normal...

...atau seperti lengan sebelah atas panas...sedangkan bahagian bawah
lengan suhu normal...

...atau bahagian badan atas panas...tapi bahagian kaki normal...
atau tapak kaki terasa sejuk...

2.kepala rasa sentiasa rasa panas...

...tapi suhu badan normal...
menunjukkkan bahagian kepala (otak) menjadi sasaran gangguan...

3.Suhu badan normal...

...tapi tapak tangan atau tapak kaki ... atau kedua-duanya sekali
sentiasa rasa panas...( gunakan belakang tapak tangan untuk merasa )...

4.Badan kanak-kanak terasa panas ( seperti demam )..

...tapi bila dipereksa di hospital...suhunya normal ( tiada masalah )...

5.Sering demam...

...dan ubat hospital seperti kurang atau tidak berkesan...

nota : suhu badan juga boleh dipereksa semasa kanak-kanak sedang
tidur malam...
kerana kadang-kadang ada gangguan yang datang semasa
kanak-kanak sedang tidur ...


B.TANDA-TANDA SEMASA TIDUR...

1. Pereksa tanda-tanda perubahan suhu badan...

...kerana ada juga jenis gangguan yang datang...
atau bertambah kuat...semasa kanak-kanak itu tidur...
terutama di waktu malam...

2.Jari tangan bergerak...

...atau juga jari kaki...
atau kedua duanya sekali...
atau kakinya seperti terkejut-kejut...atau...
seperti ditarik-tarik...
sedangkan anak kecil itu sedang tidur nyenyak...

3.Gerakan mata ...

...mata berkedip-kedip...

...atau anak matanya bergerak cepat memandang
atau menjeling liar kesana sini..

...atau matanya merenung anda atau sesuatu...
seolah-olah dengan penuh perhatian seperti orang jaga...

...kadang-kadang matanya terbuka luas...
kadang-kadang tertutup... tapi gerakan mata cepatnya...dapat dilihat
melalui gerakan pada kulit kelopak mata..

4.Tersenyum...

...pada anda atau benda lain...
padahal ia sedang tidur nyenyak...

5.Gigi atas berlaga dengan gigi bawah..

...kadang-kadang sampai berkeriut bunyinya...

6.Sering mengigau...

atau terjaga seperti terkejut oleh sesuatu...

7.Sering menangis malam tanpa sebab...

...pereksa gejala perubahan suhu badan....


8.Sering menangis atau merengek dalam tidur...


9.mengunyah seperti makan sesuatu ...

...terutama ketika mata baru mula terlelap...
(biasanya ini tanda di jaga oleh jin saka...)


10.Berpeluh...

...dan peluh nya tak sekata...
...iaitu bahagian tertentu saja berpeluh...
...atau berpeluh tapi sebahagian tempat saja air peluhnya besar...
manakala sebahagian lagi berpeluh halus...


TANDA-TANDA KETARA...

1.Kerasukan...

...iaitu tingkah aneh atau agresif...dalam keadaan tak sedar...
atau separuh sedar...

2.Takut tanpa sebab...

...seperti ternampak sesuatu yang menakutkan...
padahal tak ada apa-apa di sana...

3.Sakit kuat...

...sakit apa sahaja...tapi hospital tak dapat mengesan puncanya...

4.Ubat hospital langsung tak berkesan...

...kadang-kadang bertambah sakit...atau tenat...

5.Kepanasan atau panas badan...

...walau di malam yang dingin...atau bila-bila masa sahaja...


NOTA...

1.Kalau ada sebahagian saja tanda...
kemungkinan besar ada gangguan jin...

2.Kanak-kanak demam...utamakan rawatan hospital...
baru sampingkan dengan rawatan-rawatan rohani jika ada
tanda-tanda gangguan...

3.Setiap gejala di atas boleh di alami oleh semua peringkat
umur...
cuma di andaikan kepada kanak-kanak kecil atau bayi...
yang bergantung kepada pengawasan ibu bapa atau orang dewasa.

4.Dan khas untuk diri anda...boleh pereksa sendiri...





Fuh.. title kemainn.. hahaha.. tapi since aku x nak lupakan pengalaman ni, biarlah blog ni jadi catatan pengalaman aku..

most of the blogs yang aku baca, experience dorang untuk bersalin memang berlainan dengan aku..

semua yang kawen mesti nak anak kan? aku pon sama la.. rezeki aku dapat tahu mengandung after 5-6 bulan lepas kawen (kalau tak salah lah).. alhamdulillah cepat la jgk kan.. sebab sesetengah orang tu 5-6 tahun pon blom dpt rezeki.. perancangan Allah.. kita tak tau kan..

aku ingat lagi waktu nak check pregnancy tu.. waktu tu aku didesak oeh kakak aku sebab period aku dah lepas due lama sgt.. sebab kata dia kalau betul pregnant kena jaga betul-betul.. makan minum, tak leh lasak bagai kan.. at first aku ckp x nak check  sebab bukan ape, aku pernah je experience x dtg period smpai 2 bulan.. time tu check pregnancy tapi hampa! :( tapi, since kakak aku dah warning, aku jadi takut la sikit.. so lepas balik kerja tu, aku beli pregnancy test and terus test.. (tips : if nak check pregnancy sebaik-baiknya after subuh.. time tu memang result jelas.. x pasti sebab apa) tapi aku x de pon check lepas subuh.. but alhamdulillah.. positive!

Lepas tu, aku pergi bukak buku merah kat Klinik Tanglin.. (tips : seeloknya buka buku merah di klinik kawasan rumah, bukan kawasan office ye. aku dah kena sound dgn nurse lepas bersalin dulu sebab buku buka di klinik kawasan ofis -,-) Nak cakap wajib buka, depends la pada korang sebab for me memang bagus buku ni if kita gi bukak.. sebab buku ni macam i/c untuk pregnant women.. semua catatan masalah, tips and sebagainya ada dalam tu..

Sepanjang pregnant anak first ni, aku takde alahan waktu first 3 months.. tapi alahan aku datang lepas 3 months.. Ape alahan aku dapat? Aku asyik muntah time berus gigi pagi-pagi.. and gusi aku akan berdarah tiap kali berus gigi.. Sehari kalau tak muntah x sah.. tapi nasib baik time tu je la.. Lepas tu dah ok dah.. alahan ni berlarutan smpai pregnant 5 bulan.. lepas tu takde ape dah..

waktu pregnant memang kalsium dalam badan kita akan berkurang sebab zat akan dapat kat baby.. melalui pembacaan aku, even kita x cukup makan pon, baby still akan dapat sume zat yang diperlukan.. baby akan serap zat dari badan ibunya.. thats why kadang2 gigi kita berdarah, kita rasa sakit sendi, sakit pinggang, letih etc.. korang boleh cari info pasal ni ok.. jangan malas membaca.. sebab kadang2 kita x tau info yang diberikan tu tepat ke tak..

waktu aku pregnant 6 bulan, berat aku naik lebih 2 kg dari sebelumnya.. so aku kena warning demgam nurse je la.. heheh.. tak kena minum air gula pon.. melalui pembacaan aku, sape yang berat terlebih and history ade orang dalam family sakit kencing manis, memang akan diberi minum air gula.. untuk monitor gula dalam darah.. tapi since aku punya history sume ok, family pon ok, nurse tu x bagi pon minum air gula.. kalau ikut kata doktor swasta tempat aku check up, (untuk pengetahuan korg, aku check kat gov and swasta jgak) dia bgtau gov akan bagi sume first time mom minum air gula.. tapi bila aku tanya nurse yg check aku, dia depends pada tempat and history mom tu.. sesetengah klinik akan wajibkan minum air gula, sesetengah tempat tidak..

untuk pengetahuan korang jugak, air gula di klinik @ hospital swasta ade perisa.. perisa oren kalau x salah.. kat gov xde perisa kot.. sorry lah kalau info salah sebab aku x pernah rasa pon air gula tu cam ne hehehe

masuk kandungan aku 7 bulan, barang-barang baby aku start beli.. kalau beli awal pon, orang cakap x elok.. sebab kandungan awal lagi.. 7 months is the right time to buy baby's stuffs.. basic needs je yang diperlukan..

continue next episode untuk aku list kan barang yang perlu dibeli k? heheh..





Bersawang dah blog nih. tapi isokey cuz last post dah cover banyak story uols.. ! Heheh.. Anyway, how's my new template?? yay or nay? *macam la ramai yang baca kaann..* Hehehe. it takes time for me to update some more.. till we meet again... adioss..
Time goes by so fast lah. from zero to hero. Lol. Lots of things happened. tak sangka kan. coincidentally jadi amazingly. hehe. tengok la sendiri apa yang ku lakukan selama ini. banyak sangat! really unexpected!


Bowling with Aaronators 




Ombak Rindu with Aaronators


Surprise Birthday Party Aaron Aziz


 ABPBH Road Tour di Village Mall, Sg. Petani
  


Boleh masuk booth artis! woot woot! Kau hado? hahaha 




 ABPBH at Arena of Stars, Genting Highland


 





 Surprise Birthday Party Diyana Halik











 I love what i do now. <3
Everything's happened for a reason. I'm so glad that i made the good decision oh no decisions! All those decisions yang di buat, ade hikmahnya. Sekarang saya faham kenapa jalan ni yang Allah berikan kepada saya. Thank you Allah. Cant stop bersyukur dengan apa yang i have now. Looking forward on what YOU have planned for me untuk my life ni.  
Bulan June memang banyak things happened! Awesome and amazing. Speechless sangat! Know what, i am the admin for Aaron Aziz Fan Club. Kebetulan and tersangat lucky sebenarnye. Yes, memang minat AA pon since Emil Emilda. Then, now dia makin naik dengan cerita Nora Elena pastu ada KL Gangster and now Stanza Cinta. 


Well, he's so talented and no wonder ramai yang "demam". haha! Back to my main topic. Actually me and my friend saje saje cakap nak buat fan account for AA and then we all pon buat la. twitter account name @AaronAzizFever. Randomly pick that name sebab i thot we do have BieberFever and why not we create another fever jadi Aaron Aziz Fever kan.. heheh.. Pastu, bila dah create, followers makin naik sebab everyone minat AA.. And ada yang requested untuk jadikan that account as an official account. I pon sent him a direct message through twitter and he said "okay, go! haha" 


Yela, kalau nak buat official, mana boleh main redah je kan. we have to have his permission baru best. Baru la boleh announce yang we are officially his fan club account. Ye x? Then, one day, his wife, Kak diyana tweeted yang his phone kena smashed. Salah aim kot. Nak baling atas katil terbaling atas lantai. and his Nokia N8 punya screen retak teruk.. Bila dapat tahu jadi macam tu, ive tweeted him cakap "@Aaron535Aziz , meh la beli blackberry from my friend.. murah2 jee... heheh" Something like that and then ada this sister cakap why not belikan dia satu as a present. Then i said okay. ive asked every followers and diorang sangat lah excited. Plan punya plan we all beli Blackberry Bold 9700 white color macam dalam Nora Elena. Hehehe. 


Agak susah sebab first time jadi admin and kena arrange everything. Dengan duit nya short lah and i have to cover the money using my own money la kan. Memang x di nafikan sangat susah and pening. But then i love to do this. This is an amazing experience ever in my life. 


Then, i pon plan dengan his wife cakap nak bagi this present and nak surprise kan AA. Semua pon set. Date 12 July 2011 time 3.30 place Gelare Cafe at e@Curve. Actually, at that time AA ade meeting ke ape tah dengan Media Hiburan kat Cathay Cineplex. 


Ive planned this with Izzati Meor. ingatkan nak suruh teman je jumpa AA but x sangka Izzati pon nak sangat jumpa. hehe. so, both of us pergi la e@Curve.. Awal.. pukul 10 pagi or 11 pagi dah bertolak.. Bila sampai sana, semua fans x datang lagi and we have to wait for them la. Ive told the manager kat Gelare Cafe yang we all nak reserved that place at 3.30 pm. And he said okay. He didnt know at all kenape we all nak reserved. hahaha!


Okay.. bila dah settle hal tempat, we all pon naik la kat cathay tu. Kak Aini ade call before that cakap ade free watching KL Gangster kat cinema. I pon cakap la kat zati and kak jasmin (one of the fan yang dtg jumpa i) we all naik ke cathay and masuk terus ke Hall 2. Ala2 vip tu masuk x kena bayar pape. huhu. perasan kejap..


Bila masuk je terkejut.. ada Syamsul Yusof, and his dad, Adi Putra and of course Aaron! Aduhaiii.. first time ni tengok live! lmao! Diorang cakap-cakap pasal that movie which is KL Gangster. Then dalam pukul 3.15 pm cam tu, habis la cakap2 tu. time to watch the movie! but then, Aaron keluar from panggung pulak. Aduhaii.. Susah sebab dia x tahu ape2 pasal this meeting dengan his fans.. So, me, zati and kak jasmin lari keluar ikut dia.. Nak tahan la. kang x psal dia balik and we all kebulur nak jumpa dia! hahaahah!


Time keluar from panggung, thank god nampak dia kat escalator.. tengah tgkp gmba dengan his fans of course. and bila habis. i pon panggil AA and cakap that im the admin of AAF.. He was like oh you eh.. and kitorang pon sembang kejap je.. i tanya dia kak di x datang ke? Dia x cakap ape2? and he said kak di x dtg and dia x cakap apa2 pon. me and zati terkejut and x tau nak cakap camne. x kan nak gtau yang we all nak bagi BB tu kat die? x surprise lah nanti kan. and i said kitorang nak jumpa abg aaron. semua ada 22 orang cm tu.. and he was surprised.. but then he said okay la.. abg ade meeting dgn Datuk kat Garden and nanti kalau semua dah ade, panggil kat situ ok. 


To be honest, time cakap my whole body was shivering! Favorite actor depan mata kot! Hahahaha! Okay then, bila semua fans dah ade.. we all tunggu kak di.. mana tau kot2 kak di nak buat surprise. hehehe. tapi to no avail. dia x dtg.. 


Bila AA sampai everyone attacks him! i was so surprised! x sempat nak buat ape2. hahaha! We all tangkap gambar and autograph and sembang2.. Banyak jugak hadiah yang AA dapat from his fans. Then tup2 kak di datang bawak anak2 dwi and danish. We all terkejut and sangat happy! hahahah! 


Oh yeah! AA pon panggil Adi Putra untuk join the meeting. Zubir from Scop Production pon joined. And know what, abg waiter Gelare tu cakap kat i "Apesal x cakap Aaron nak datang?" smbil sengih2.. i pon tersenyum je la. hahaha. diorang pon tumpang sekaki rakam that event.. Orang ramai pon datang jugak jumpa and tangkap gmbar.. 


Yang terlampau bestnya, we all supposedly jumpa for an hour je. Itu kata Kak Diyana but then tengok2 berjam jam! Ade la dalam 2 jam setengah jam kot ? hehehe. 


I was waiting there with Izzati Meor nak tunggu diorang balik dulu. yela.. selalunya artis balik dulu kan. but then we all yang balik dulu.. Both of us the last one. AA and his family ade kat situ makan eskrem. hahaha! Time nak balik he said to me Sorry sebab x sempat nak sembang2.. and i said its okay.. 


So, here's the pictures from that day.









One word for this event : AMAZING!